Wednesday 13 November 2013

Bercuti di Hotel Impiana KLCC.

Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu yang lepas - 9/11/13, saya dan keluarga telah menghabiskan masa bersama dengan bermalam di salah sebuat hotel yang terkenal iaitu Hotel Impiana KLCC. Mujurlah saya ada vaucer bermalam di sini, jika tidak saya pasti berfikir banyak kali untuk bermalam disini, memandangkan hotel ini merupakan salah satu hotel mewah di Kuala Lumpur.


Pemandangan hotel dari luar




Lobi hotel

Pemandangan hotel dari kolam renang

Ira sedang memilih mainan

Suami sedang melayan anak-anak


Seperti biasa, sampai sahaja di hotel pastinya anak-anak akan teruja untuk melihat kolam renang. Disebabkan petang itu hujan, jadi kami hanya duduk di bilik sahaja. Pada sebelah malam pula, saya membawa anak-anak berjalan di KLCC. Pastinya tempat pilihan anak-anak adalah Toys 'R' Us.

Selepas masing-msing mendapat apa yang diinginkan,kami pun menikmati makan malam di medan selera yang terletak di tingkat 3, Suria KLCC. Alhamdulillah, setelah kenyang, kami berjalan kaki pula untuk balik ke hotel. Perjalanan lebihkurang dalam 10 minit.

Sampai sahaja di bilik, masing-masing yang kepenatan, terus mengambil peluang untuk berehat.Keesokan paginya, anak-anak terus mengajak untuk bermain di kolam renang. Tapi sayangnya, tiada disediakan kolam renang untuk kanak-kanak. Jadi, anak-anak hanya bermain di bahagian yang cetek sahaja. Selesai sudah bermain di kolam renang, kami pun berkemas-kemas untuk pulang.

Ini merupakan pra-percutian bagi kami. Percutian yang sebenarnya adalah 2 minggu dari sekarang. Untuk pengalaman percutian yang seterusnya, insyaallah saya akan kongsikan di dalam entri saya yang seterusnya.

Semoga berjumpa lagi. Salam ukhwah untuk semua.

Sunday 10 November 2013

Bisnes Pretzel pilihanku: SherZam Pretzel

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita. Ini merupakan entri kedua untuk saya dan dalam entri ini saya akan menceritakan serba-sedikit tentang bisnes pretzel saya. Bermulanya detik "perkenalan" saya dengan bisnes pretzel ini ialah ketika saya mengambil sesi untuk belajar cara-cara membuat pretzel di Keramat.


Pada mulanya pretzel yang saya buat hanyalah untuk keluarga sahaja. Kemudian saya mencuba pula menjualnya dengan kawan-kawan di pejabat. Alhamdulillah, jualan saya amat memberangsangkan. Dari detik itu saya semakin bersemangat untuk meneruskan penjualan pretzel saya ini.

Seperti yang telah saya maklumkan di dalam entri saya sebelum ini, saya ada menjual pretzel dalam 3 perisa iaitu pretzel coklat, oreo dan double coklat. Contoh gambar seperti di bawah ini:

Pretzel Double Coklat

Pretzel Oreo


Pretzel Coklat


Setiap satu bekas pretzel ini ada 25 keping. Harga untuk setiap satu bekas adalah RM12 sahaja.

Sesiapa yang berminat untuk membeli , bolehlah menghubungi saya menggunakan call/sms/watsapp/viber/wechat di 012-3681316. Harga di atas belum termasuk postage ye.

Harga postage bergantung kepada lokasi anda, samada di Semenanjung Malaysia atau selain dari itu. Memandangkan saya bekerja, saya akan pos tempahan anda semua pada setiap Sabtu ye.

Disamping itu juga, kepada sesiapa yang berada di kawasan Ampang, Keramat, KLCC, Kg Baru, Kg Pandan atau di kawasan sekitarnya, saya juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma.

Dengan SherZam Pretzel, saya menjanjikan suatu kelainan dan Insyallah anda pasti dapat rasakan kesedapannya.

Sekianlah sahaja entri saya untuk kali ini.

Insyallah, kita akan berjumpa lagi di dalam entri saya seterusnya.

Salam Ukhwah.

Thursday 7 November 2013

Salam perkenalan.


Assalamualaikum,

Salam dihulur pembuka bicara. Saya merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak. Yang sulung bernama Wan Hairul Syakirin bin Hairulnizam, berumur 9 tahun dan yang bongsu pula bernama Wan Nursima Sahirah bte Hairulnizam berumur 6 tahun. Selain itu, saya juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami penyayang dan sentiasa membantu dan memberikan sokongan dan sepenuhnya kepada saya, Hairulnizam bin Hashim.

Sekarang ini saya masih berkhidmat sebagai seorang pegawai bank di sebuah firma kewangan yang terkenal di ibu kota. Setiap pagi rutin harian saya adalah menghantar anak-anak ke sekolah, kemudiannya encik suami pula akan menghantar saya ke tempat saya bekerja. Mujurlah pejabat kami saling berdekatan, jadi saya tidak menpunyai masalah pengangkutan untuk keluar bekerja.

Alhamdulillah, saya juga sekarang sedang berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan pastri yang baru sahaja saya usahakan selama sebulan.Saya menjual pretzel di dalam 3 perisa iaitu coklat, oreo dan double coklat.


Disamping itu, saya juga menjadi ahli dropship kepada produk "Magic Flower - The Secret Garden". Bunga hidup yang menarik, tidak perlu penjagaan yang rapi. Hanya perlu disembur dengan air dalam 2 kali seminggu sahaja. Contoh gambar, seperti di bawah ini.



Selain itu, saya sangat bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk menjaga ibu saya yang sudah uzur dan tidak boleh bergerak lagi. Benar kata orang, menjaga orang tua yang uzur memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun begitu, rezeki saya tidak pernah putus. Inilah yang dikatakan berkat dari menjaga orang tua.

Saya berharap semoga langkah pertama dalam menjalankan perniagaan online akan semakin bertambah maju dan mendapat sambutan.

Nantikan entri seterusnya daripada saya.

Salam ukhwah.