Wednesday 5 November 2014

Dapatkan produk dari SherZam Rich Food di lokasi terpilih sekitar Semenanjung Malaysia.

Bismillah.

As-salam. Selamat hari Rabu semua. Saya doakan anda semua berada dlm keadaan sihat, sejahtera dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Semenjak saya bergelar usahawan sepenuh masa bermula dari bln April 2014, hidup saya penuh dgn pelbagai cabaran baru yang terpaksa dihadapi.

Suka-duka berniaga menjadi asam garam saya sekarang. Memang sangat2 berbeza dgn pekerjaan saya sebelum ini yang hanya duduk di ofis, mengadap komputer, bergaduh-gaduh manja dgn "user" dan mcm2 lagi la.. hehe.. 

Ok, entri sy kali ini adalah utk memberitahu semua pelanggan, bakal2 pelanggan, kawan2 dan semua tentang kewujudan produk dr keluaran syarikat sy iaitu - SherZam Rich Food. Pastinya main produk saya iaitu - pelbagai pretzel yg terdiri drpd pelbagai flavor yang sedap dan juga pelbagai packaging yang memang ohsem... :-)

Disamping itu juga, saya juga ada menjual jagung pilus atau nama glamernya golden nuts. Serius mmg sedap giler. Nak dipendekkan cerita, Hari Raya Puasa baru ini, lebih dr 200kg sudah terjual. Itupun tak cukup dan ramai pelanggan yg sanggup menunggu selepas Raya kerana kehabisan stok. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.. Syukur sgt2..

Selain dari itu, saya juga merupakan salah seorang dari krew Shugarholic yang killer produknya adalah Cheezylicious Marie Layer (CML), Red Velvet, Carrot Walnut dan Choc Indulgence yang memang sangat2 sedap - "Spread the love by spreading the cheese". Ownernya adalah jutawan Tuan Zaidi Hassan dan Puan Maza  Asma Mustafa. 

Mentor saya, Doc Azizan Osman berpesan, kalau nak jadi org kaya dan berjaya, kenalah berkawan dan dekat2 dgn mereka supaya aura tu melekat kat kita juga..hehe...Amin....

Berikut merupakan outlet2 yg menjual produk keluaran syarikat sy:

1)  Cake Republic Shugarholic Kuala Lumpur
2)  Cake Republic Shugarholic Shah Alam
3)  Cake Republic Shugarholic Bangi
4)  IYamani GMart, Ampang Waterfront,
5)  Kedai Anic Choc Moist Cake ( ACMC ), Shah Alam
6)  Kedai Katz and Kay, Tmn Melati
7)  Restoran Haji Akhtar, Ampang
8) Kedai Kak Chah Tomyam, Ampang Jaya
9) Kafe Mardec, Jalan Ampang
10)  Petronas Tmn Cempaka, Ampang
11)  Petron Jalan Ampang ( blkg hospital Ampang Puteri)
12)  Kedai Serbanika (dalam hospital Ampang Puteri)
13)  The Dough Republic, Taman Kosas, Ampang
14)  Petron Desa Pandan
15)  Petron Bukit Antarabangsa
16)  Restoran De'Laila Bukit Indah
17) Kedai Makan Mama Ina, Ampang Jaya


Dan ada beberapa projek lagi yg dalam perbincangan dan akan menyusul, insyaallah. Akan juga ada Joint-venture dgn salah satu dr bakery yg terkenal yg juga dalam perbincangan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan utk sy ye.

Pesan mentor saya juga, sekiranya ingin lebih afdal sekurang2nya minimum 30 outlet yg perlu ada. Itu cabaran bg saya dan insyaallah, saya pastinya akan berjaya dengan adanya semangat juang yang tinggi ini....chewah..hehe..

oklah semua.. rasanya cukup la utk entri kali ni. Nanti kita sambung di entri yang seterusnya.

Jangan lupa follow say di instagram http://instagram.com/sherzam.rich.food' dan
 https://www.facebook.com/sherzamrichfood tau, macam2 ada. 

Boleh juga hubungi di Hotline sy : 012-3681316 untuk dapatkan produk2 yang pastinya terbaik untuk anda.

Selamat malam semua..

sayang uolss ketat2.. hehe..muahh...

Wasallam.

Sunday 26 October 2014

Eksklusif doorgift dan hantaran dari pretzel

Bismillah.

As-salam. Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat-sihat sahaja. Salam Maal Hijrah juga ye.. masih belum terlambat kan? Sedar tak sedar bulan hadapan sudah bermula cuti sekolah akhir tahun bg 2014. Terasa sungguh sekejap masa berlalu.

Seperti yg kita sedia maklum, semasa cuti sekolah, pelbagai acara atau majlis  akan diadakan. Merisik, bertunang, bernikah, akikah, berkhatan dan macam2 lagi samada formal atau tidak formal. Biasanya majlis sebegini, tuan rumah akan menyediakan doorgift atau cenderahati kepada tetamu yg datang.

Tak perlu susah hati.. sy boleh menyelesaikan masalah anda. Kepakaran sy adalah menyediakan doorgift yg pastinya sgt eksklusif utk anda - doorgift yg diperbuat drpd pretzel yg pelbagai bentuk dan flavor yg menarik. Pastinya lain dari yg lain, dan akan membuat tetamu anda teruja apabila menerimanya.

Sebelum ini, sy ada menyediakan doorgift pretzel yg mengandungi 6 keping pretzel didalamnya. Sy juga ada menyediakan doorgift yg mengandungi 9 dan 12 keping pretzel di dalam bekas yg menarik.

Gambar ada dibawah ini ye.

Selain dr doorgift, sy ada juga menerima tempahan pretzel utk dibuat sebagai salah satu drpd barang hantaran. Haa.. bukan shj sedap, tetapi lain dr yg lain.. Menarik bukan?

Jadi, pd sesiapa yg berminat, boleh watsapp atau hubungi sy di 012-368 1316.

Jgn bimbang, harga boleh dirundingkan. Pastinya harga terbaik utk anda semua.. Insyaallah.

Hasil dari gubahan utk hantaran.


Yg ini juga sgt sesuai utk hantaran 

Dlm ni ada 12 pcs pretzel 
Ini yg digemari ramai - ada 9pcs dlm satu bekas

Ni yg paling comel - ada 4/5/6 pcs dlm satu bekas


Doorgift yg saya sponsor  utk salah satu event bersama Google baru2 ini.

p/s: Flavor pretzel sy - almond, oreo, strawberi, choc, double choc dan choc rice.

Boleh juga follow saya di instagram dan facebook -->> SherZam Rich Food.

Logo baru sy.. cantik kan? hehe...


INGIN MENJANA PENDAPATAN BERSAMA KAMI? BOLEH BERJEMAAH BERSAMA KAMI SEBAGAI EJEN.

Terima kasih Allah, terima kasih semua.

Saturday 25 October 2014

Jagung pilus aka golden nuts sedap ada disini.

Bismillah.

    As-salam kepada semua. Semoga semua berada dlm keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Sekian lama sy tidak menulis entri disini. Maafkan sy kerana kesibukan dan ketidaksempatan utk meluangkn masa di blog ini. Bukan itu shj, laptop sy pun ada masalah teknikal sikit. Tp skrg laptop sy alhamdulillah dah ok.

     Sepanjang bbrp bulan sy tidak berblogging ini, pelbagai kisah suka dan duka telah berlaku dlm hidup sy. Tp tunggu tau, kisah2 itu semua sy akan cerita dalam entri yg seterusnya ye..tunggu... hehe. Cuma apa yg sy mahu katakan, rasa sgt2 bersyukur kepada Allah diatas segalanya.

    Dlm entri sy kali ni, sy ingin memperkenalkan bisnes baru sy. Disamping produk utama sy iaitu pretzel yg boleh MENYENTAP deria rasa anda, sy juga ada menjual sejenis kacang rangup yg di kenali dgn nama JAGUNG PILUS aka GOLDEN NUTS..haa..pernah dengar tak? Kalau tak pernah dengar dan rasa, korang mmg kena cuba tau. Memang sedap, rangup, lemak. Pendek kata memang mengujakan lah..hehe..

    Alhamdulillah, utk Hari Raya Aidilfitri yg lepas, sebyk 200kg jagung pilus telah habis ditempah. Itupun saat2 akhir sebelum raya pun ada nak order jugak tapi stok tak mencukupi. Jadi, terpaksa la menunggu selepas raya.

   Pada sesiapa yg belum pernah rasa atau yg dah pernah merasa dan ingin membuat tempahan, boleh order dgn sy ye. Boleh hubungi sy di 012-3681316.

Selain dari itu, pada sesiapa yg berada di sekitar kawasan Ampang, boleh dapatkannya di bbrp buah stesen minyak dan juga di kedai makan. Nak COD pun boleh jugak.



Bg warga Shah Alam, boleh dpatkannya di Kedai Anis Moist Cake, Jalan Lawan Pedang, Shah Alam.

Pada yg berada nun di kejauhan, Insyaallah boleh dipos ke mana shj.
 
Boleh follow sy di Instagram dan Facebook - Sherzam Rich Food ye.

Byk lagi yg sy nk kongsikan di blog ini. Tp mata pun dah mengantuk ni.. jam menunjukkan pukul 12.10am, jadi masa utk merehatkan diri.

Selamat malam semua...eh..ke selamat pagi..hehe.. apa2 je la.., sweet dreams uols..

Terima kasih Allah, terima kasih semua.


Sunday 23 February 2014

Packaging terbaru di SherZam Pretzels - memang terbaik la..

Bismillah dan assalamualaikum semua.

Sudah terlalu lama rasanya sy meninggalkan blog ini. Kesibukan kerja dan juga bisnes menyebabkan masa sy cukup terbatas utk membuat sebarang entri. Alhamdulillah, bisnes pretzel sy semakin maju dan berkembang secara online dan offline. Alhamdulillah.. syukur kepadaNya diatas segala rezeki yg diberikan.

Bermula dari sy dan suami yg dahulunya membuat sendiri pretzel, kini dah ada 2 orang pembantu secara part-time. Lega sikit rasanya. Tidak perlulah sy bersengkang-mata lagi untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan olehNya.

Apa yang sy ingin kongsikan disini, sejak sy "terjebak" ke dalam dunia Dr. Azizan Osman (nanti sy akan ceritakan dgn lebih lanjut dlm entri seterusnya)..hehe, hati dan perasaan ingin mengembangkan lagi bisnes semakin membuak-buak. Harapan utk memperbaiki taraf kehidupan kepada yg lebih selesa dan juga menaikkan taraf ekonomi keluarga, sy akan teruskan perjuangan bisnes ini. Bak kata mentor sy, Dr. Azizan Osman (DAO), kita kena redah jer.  Rezeki ada dimana-mana, yg penting usaha, doa dan tawakal.

Justeru itu, sy juga cuba menambahkan lagi apa yg kurang dgn produk pretzel sy ini dgn memperkenalkan bekas yg berbentuk "love". Bekas ini boleh memuatkan  9keping pretzel. Sgt sesuai utk dibuat doorgift,  hantaran dan hadiah kepada insan yg tersayang.

Disamping packaging baru ini,  sy juga masih mengekalkan packaging yg sedia ada. Juga boleh lihat gambar2 dibawah ini.

Packaging terbaru di SherZam Pretzels



Pelbagai packaging yg pastinya MELETOP!!

SherZam Pretzels buat masa ini masih mengekalkan 6 perisa yg sama. Mana tahu akan dtg mungkin ada perisa baru yg lebih sentap utk anda semua ? tunggukan kemunculannya nanti ok?

Perisa yg ada:

1)  Oreo
2)  Almond
3)  Double Choc
4)  Choc
5)  Strawberry
6)  Choc Rice

Perhatikan dan hayatilah gambar2 di berikut, pastinya akan membuatkan air liur anda meleleh bila terbayangkan kerangupan, ke"lemak"an dan kesedapan pretzel tersebut...hehe..

Semua perisa yg ada di SherZam Pretzels..sentap dan tergoda tak? hehe

Perisa almond yg menjadi kegilaan ramai

Perisa choc rice yg lain dr yg lain

Perisa choc yg menarik dan sedap la..kan?

Perisa double choc - kombinasi dua choc 

Perisa strawberry yg juga ramai peminat sbb warnanya yg ceria

Perisa oreo - rasa  dulu, baru tau kesedapannya..
Senarai harga:

6pcs - RM2.50
9pcs - RM4.50
12pcs - RM6.00
25pcs -RM12.00
50pcs - RM23.00

Sesiapa yg berminat utk jadi ejen pun sgt dialu-alukan.

Utk tempahan/pertanyaa, boleh sms/watsapp/wechat di 012-3681316.

Untuk melihat info-info terkini dan gambar-gambar yg lebih menarik, jgn malu-malu untuk mengintai fanpage sy di SherZam Pretzels.

Oh ye. Lupa sy nk bgtau, sy telah pun mendaftarkan bisnes sy ini pada 10 February yg lepas dgn menggunakan nama SHERZAM RICH FOOD MARKETING. gempak kan? SSM no - 002299292-M.

Alhamdulillah..segalanya setakat ini berjln dgn lancar. Terima kasih untuk anda semua yg telah membaca entri saya, juga kepada pelanggan dan bakal pelanggan, ejen dan bakal ejen.

Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua.. Amin.

SherZam Pretzels,
You taste it,you luv it!!

Tuesday 31 December 2013

Doorgift atau cenderahati pretzel - produk terbaru dari SherZam Pretzels

Bismillah.

Salam semua.

Pada malam sempena menyambut tahun baru 2014 ini baru saya berkesempatan utk masukkan entri yang terkini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini berbagai peristiwa yang menggembirakan telah berlaku.

Diantaranya, bisnes SherZam Pretzels saya semakin maju, bertambah produk dan juga perisa. Produk terbaru merupakan "doorgift" atau cenderahati utk sebarang majlis, seperti - pertunangan, perkahwinan, kenduri, atau majlis-majlis formal yang lain.

Saya dapat rasakan bahawa produk tidak ada lagi dipasaran dan jika benar, SherZam Pretzels merupakan perintis untuk produk yang Insyaallah bakal hangat di pasaran...hehe..Doakan kejayaan saya ye.

Idea untuk menghasilkan doorgift yg comel ini adalah hasil dari kakak - supaya saya menyediakan 200 pax utk perkahwinan sepupu pada sabtu lepas -28/12/13.

Alhamdulillah, tetamu begitu teruja mendapat doorgift yg lain dari kebiasaan..pendek kata..ianya unik tau..hehe..

Di bwh ini saya sertakan sekali gambar doorgift saya, jika ada sesiapa yang berminat utk menempah utk apa jua majlis, bolehlah hubungi saya di 012-3681316.

Disamping doorgift pretzel saya yang "hot" ini, saya juga ada membuat perisa baru iaitu perisa strawberry, atas permintaan pelanggan.

Lupa pula, doorgift saya ini ada 6pcs pretzel yang di celup di dalam coklat yang sedap dan ditaburi dgn manik-manik yang manis dan berwarna-warni. Memang cukup menarik. Bekasnya pula sangat comel dan memang menarik perhatian.
Sebelum packing
Selepas packing

Sekumpulan doorgift.. hehe, betul ke ayat tu?








200 pax siap untuk penghantaran ke rumah sepupu



















Pretzel strawberry yang mantap

Disamping itu saya juga ada membekalkan pretzel utk 12pcs (harga RM6), 25pcs (harga RM12) dan 50pcs (harga RM24).

Pretzel 25pcs, 12pcs dan 6pcs ( dari kiri ke kanan)

Pretzel 50pcs 
Perisa pretzel masih lagi seperti di bwh ye:
1) Oreo
2) Coklat
3) Double coklat
4) Almond
5) Coklat Rice
6) Strawberry.
Pelbagai pilihan pretzel disini

Saya juga amat mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi agen. Sekurang-kurangnya bolehlah dapat pendapatan sampingan kan?

Penghantaran adalah COD untuk kawasan berhampiran dengan Ampang, Keramat, Kg Pandan dan juga KLCC. Boleh juga dipos kemana sahaja - atas permintaan pelanggan.

Diharap bisnes saya yang baru bermula ini mendapat sokongan dari kawan-kawan pembaca semua ye.

Jangan lupa utk like fanpage saya - SherZam Pretzels utk info terkini dan gambar-gambar pretzel yang lebih menarik.

Wasallam.


Monday 9 December 2013

Pelbagai pilihan pretzel di sini - SherZam Pretzels

Salam semua.

Maaf ye, agak lama saya tidak update entri saya disini. Pada kali ini, entri saya hanya fokus untuk bisnes pretzel yang sedang saya usahakan.

Pada mulanya, harga dua perisa/topping diperkenalkan di SherZam Pretzels iaitu choc dan oreo. Lama kelamaan, saya berfikir untuk terus menambahkan lagi perisa yang sedia ada. Perisa almond dan double choc ditambah supaya SherZam Pretzels lebih bervariasi.

Alhamdulillah, usaha yang pada mulanya untuk suka-suka sahaja, kini menjadi bisnes part-time saya. Sambutan yang diberikan adalah di luar jangkaan dan sangat memberangsangkan. Ini semua rezeki dari Allah. Saya sangat2 bersyukur dan berterima kasih padaNya.

Pilihan pretzels saya adalah seperti gambar di bawah ini:

Topping Oreo yang menjadi kegilaan ramai..hehe

Topping almond nib yang rangup
 
Topping Choc Rice - terbaru dari ladang..hehe

Topping dark choc dan white choc..mmm..yummy

Topping choc yang sedap..terasa coklatnya..


Sesuai juga untuk dibuat "door gift" seperti gambar di bawah ini. 


Berikut adalah gambar-gambar tempahan dari para pelanggan:



Pada sesiapa yang berminat, untuk tempahan, boleh hubungi saya di no 012-3681316. Jangan malu-malu yer. Insyallah sedap. Tempahan ini terbuka pada bila-bila masa sahaja.

Juga boleh dipos kemana sahaja.

Jangan lupa untuk "like" fanpage saya di facebook iaitu SherZam Pretzels. Di sebelah kanan blog saya ini ye.

Terima Kasih. Semoga berjumpa lagi di entri yang seterusnya.

Wednesday 13 November 2013

Bercuti di Hotel Impiana KLCC.

Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu yang lepas - 9/11/13, saya dan keluarga telah menghabiskan masa bersama dengan bermalam di salah sebuat hotel yang terkenal iaitu Hotel Impiana KLCC. Mujurlah saya ada vaucer bermalam di sini, jika tidak saya pasti berfikir banyak kali untuk bermalam disini, memandangkan hotel ini merupakan salah satu hotel mewah di Kuala Lumpur.


Pemandangan hotel dari luar




Lobi hotel

Pemandangan hotel dari kolam renang

Ira sedang memilih mainan

Suami sedang melayan anak-anak


Seperti biasa, sampai sahaja di hotel pastinya anak-anak akan teruja untuk melihat kolam renang. Disebabkan petang itu hujan, jadi kami hanya duduk di bilik sahaja. Pada sebelah malam pula, saya membawa anak-anak berjalan di KLCC. Pastinya tempat pilihan anak-anak adalah Toys 'R' Us.

Selepas masing-msing mendapat apa yang diinginkan,kami pun menikmati makan malam di medan selera yang terletak di tingkat 3, Suria KLCC. Alhamdulillah, setelah kenyang, kami berjalan kaki pula untuk balik ke hotel. Perjalanan lebihkurang dalam 10 minit.

Sampai sahaja di bilik, masing-masing yang kepenatan, terus mengambil peluang untuk berehat.Keesokan paginya, anak-anak terus mengajak untuk bermain di kolam renang. Tapi sayangnya, tiada disediakan kolam renang untuk kanak-kanak. Jadi, anak-anak hanya bermain di bahagian yang cetek sahaja. Selesai sudah bermain di kolam renang, kami pun berkemas-kemas untuk pulang.

Ini merupakan pra-percutian bagi kami. Percutian yang sebenarnya adalah 2 minggu dari sekarang. Untuk pengalaman percutian yang seterusnya, insyaallah saya akan kongsikan di dalam entri saya yang seterusnya.

Semoga berjumpa lagi. Salam ukhwah untuk semua.