Wednesday 13 November 2013

Bercuti di Hotel Impiana KLCC.

Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu yang lepas - 9/11/13, saya dan keluarga telah menghabiskan masa bersama dengan bermalam di salah sebuat hotel yang terkenal iaitu Hotel Impiana KLCC. Mujurlah saya ada vaucer bermalam di sini, jika tidak saya pasti berfikir banyak kali untuk bermalam disini, memandangkan hotel ini merupakan salah satu hotel mewah di Kuala Lumpur.


Pemandangan hotel dari luar




Lobi hotel

Pemandangan hotel dari kolam renang

Ira sedang memilih mainan

Suami sedang melayan anak-anak


Seperti biasa, sampai sahaja di hotel pastinya anak-anak akan teruja untuk melihat kolam renang. Disebabkan petang itu hujan, jadi kami hanya duduk di bilik sahaja. Pada sebelah malam pula, saya membawa anak-anak berjalan di KLCC. Pastinya tempat pilihan anak-anak adalah Toys 'R' Us.

Selepas masing-msing mendapat apa yang diinginkan,kami pun menikmati makan malam di medan selera yang terletak di tingkat 3, Suria KLCC. Alhamdulillah, setelah kenyang, kami berjalan kaki pula untuk balik ke hotel. Perjalanan lebihkurang dalam 10 minit.

Sampai sahaja di bilik, masing-masing yang kepenatan, terus mengambil peluang untuk berehat.Keesokan paginya, anak-anak terus mengajak untuk bermain di kolam renang. Tapi sayangnya, tiada disediakan kolam renang untuk kanak-kanak. Jadi, anak-anak hanya bermain di bahagian yang cetek sahaja. Selesai sudah bermain di kolam renang, kami pun berkemas-kemas untuk pulang.

Ini merupakan pra-percutian bagi kami. Percutian yang sebenarnya adalah 2 minggu dari sekarang. Untuk pengalaman percutian yang seterusnya, insyaallah saya akan kongsikan di dalam entri saya yang seterusnya.

Semoga berjumpa lagi. Salam ukhwah untuk semua.

No comments:

Post a Comment