Thursday 7 November 2013

Salam perkenalan.


Assalamualaikum,

Salam dihulur pembuka bicara. Saya merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak. Yang sulung bernama Wan Hairul Syakirin bin Hairulnizam, berumur 9 tahun dan yang bongsu pula bernama Wan Nursima Sahirah bte Hairulnizam berumur 6 tahun. Selain itu, saya juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami penyayang dan sentiasa membantu dan memberikan sokongan dan sepenuhnya kepada saya, Hairulnizam bin Hashim.

Sekarang ini saya masih berkhidmat sebagai seorang pegawai bank di sebuah firma kewangan yang terkenal di ibu kota. Setiap pagi rutin harian saya adalah menghantar anak-anak ke sekolah, kemudiannya encik suami pula akan menghantar saya ke tempat saya bekerja. Mujurlah pejabat kami saling berdekatan, jadi saya tidak menpunyai masalah pengangkutan untuk keluar bekerja.

Alhamdulillah, saya juga sekarang sedang berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan pastri yang baru sahaja saya usahakan selama sebulan.Saya menjual pretzel di dalam 3 perisa iaitu coklat, oreo dan double coklat.


Disamping itu, saya juga menjadi ahli dropship kepada produk "Magic Flower - The Secret Garden". Bunga hidup yang menarik, tidak perlu penjagaan yang rapi. Hanya perlu disembur dengan air dalam 2 kali seminggu sahaja. Contoh gambar, seperti di bawah ini.



Selain itu, saya sangat bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk menjaga ibu saya yang sudah uzur dan tidak boleh bergerak lagi. Benar kata orang, menjaga orang tua yang uzur memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun begitu, rezeki saya tidak pernah putus. Inilah yang dikatakan berkat dari menjaga orang tua.

Saya berharap semoga langkah pertama dalam menjalankan perniagaan online akan semakin bertambah maju dan mendapat sambutan.

Nantikan entri seterusnya daripada saya.

Salam ukhwah.

No comments:

Post a Comment